Baru selesai menonton drama yang baru ditabalkan sebagai Drama Terbaik Anugerah Skrin 2010 baru - baru ini iaitu drama Antara Garisan lakonan hebat Noorkhiriah, Sharifah Amani, Isma Yusoof dan Ismail Abd Aziz. Selain daripada itu, drama ini juga telah memenangi anugerah Pelakon Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik serta Lakon Layar Drama Terbaik. Tahniah di ucapkan kepada semua krew produksi dan pelakon - pelakonnya,
Alhamdulillah aku berkesempatan menonton drama ini selepas menonton drama ini di youtube (link kat bawah) sebab rumah aku tiada Astro jadi
sangat bersyukur akhirnya dapat juga menonton drama yang sememangnya
terbaik ini. Jadi, aku mengharapkan marilah ramai - ramai menonton drama
ini kerana hakikatnya manusia sekarang tambah - tambah apa yang aku
lihat termasuklah diri aku sendiri tidak lari daripada suka menjatuhkan hukum terhadap orang lain. Alhamdulillah, filem ini mengajar dan memberi banyak mesej yang sangat bagus.
Sesungguhnya
memang benar apa yang dikata dan aku sendiri pun pernah menyaksikan
juga perkara ini berlaku sepanjang aku hidup cuma cara dan situasinya saja berlainan tetapi masih berlandaskan kepada satu perkara yang menjadi objektif utama
di dalam drama ini. Hari ini anda melihatnya sebagai manusia yang
paling teruk, yang paling jahil atau sebagainya tetapi esok lusa mungkin
anda pula akan berada di tempatnya yang dulu yang paling anda hina atau
keji. Percayalah!
Memberi nasihat tidak salah! Memberi teguran tidak salah! Tetapi, biar kena caranya dan secara berhemah!
Jangan menjatuhkan hukuman membabi - buta kerana anda menjatuhkan
hukuman itu kepada manusia dan anda sendiri pun sebenarnya manusia. Apa -
apapun, aku suka ayat terakhir drama nih :-
"Aneh
bukan? Dalam sekelip mata manusia boleh berubah tempat tanpa mereka
sedari. Sebuah kisah tentang sifat manusia yang seringkali merasakan
diri mereka lebih baik dari yang lain sehingga menyebabkan mereka gemar
menjatuhkan hukuman sesama mereka seolah - olah dosa dan pahala mereka
sesama mereka yang tentukan. Apakah mereka semua lupa yang mereka semua
sebenarnya sama sahaja. Kalau ada pun yang membezakan mereka hanyalah
satu garisan halus yang mana mereka tidak akan sedar bila masa mereka
akan melintas garisan itu."
Streaming Link
part 1- http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=uKdnz938eGE
part 2- http://www.youtube.com/watch?v=0s2r-D6o0CI&feature=player_embedded
part 3- http://www.youtube.com/watch?v=8mNOBcA_si4&feature=player_embedded
part 4- http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=adR_LpAPIeE
part 5- http://www.youtube.com/watch?v=dIujfwntggc&feature=player_embedded
1 comments:
lama nk tgk cter nie....
tp cr kat u tube x pnh jmpa.....
thanks sgt cos kongsi...
sharing is caring = )
Post a Comment